Berita Semasa

CAAM sahkan pesawat terlibat nahas bawa 8 penumpang, anak kapal

SHAH ALAM – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat malang itu membawa enam penumpang dan dua anak kapal.

“Pesawat itu dioperasikan oleh Jetvalet Sdn Bhd dan sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang,” kata Kapten Norazman dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sementara itu, sumber memaklumkan antara mangsa yang terlibat dalam nahas itu termasuk seorang exco kerajaan sebuah negeri.

Bagaimanapun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan setakat ini.

Show More

Related Articles

Back to top button