Jenayah & Mahkamah

Lelaki curi motosikal diberkas polis

MERADONG – Seorang lelaki tempatan telah diberkas pihak polis behubung kes kecurian motosikal yang berlaku di Bintangor di sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua polis daerah Meradong, Deputi Supritendan (DSP), Sekam Anak Anoi, suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Katanya, tangkapan terhadap suspek telah dibuat kelmarin oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Meradong.

“Polis mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan apa-apa maklumat berhubung dengan kejadian kes jenayah serta Kes kecurian kepada pihak Polis IPD Meradong di talian 084-693 222 untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat dengan perlakuan jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button