Jenayah & Mahkamah

Hina Agong di Facebook, ‘SamBanjar Perak’ ditahan pihak polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas memuat naik hantaran berunsur hasutan ke atas Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Bera, Pahang semalam susulan muat naik menggunakan akaun Facebook dengan nama @SamBanjarPerak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

Mohd Shuhaily turut meminta masyarakat mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu 3R yang merujuk agama, bangsa dan institusi diraja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button