Politik

Seorang ADUN UMNO akan dilantik anggotai exco Pulau Pinang – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pucuk pimpinan DAP yang bermesyuarat semalam bersetuju seorang wakil daripada Barisan Nasional (BN) dilantik menganggotai mesyuarat kerajaan negeri.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tadi (semalam) akan mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya seorang ahli exco daripada UMNO mewakili BN dilantik.

“Ini kerana ada dua calon BN menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN daripada UMNO untuk duduk dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” kata Anthony.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP, di sini semalam.

Sabtu lalu, gabungan (PH-BN) Pulau Pinang berjaya membentuk kerajaan negeri apabila menang 29 daripada 40 kerusi DUN dalam PRN ke-15.

Ini sekali gus membolehkan Chow Kon Yeow dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenangi UMNO dalam PRN itu ialah Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan kerusi DUN Sungai Acheh menerusi Rashidi Zinol.

Show More

Related Articles

Back to top button