Berita Semasa

Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang

GEORGETOWN – Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua di kediaman Yang di-Pertua Pulau Pinang, Seri Mutiara.

Kon Yeow, 65, mengangkat sumpah kira-kira pukul 9.35 pagi tadi di hadapan Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Ketika mengangkat sumpah, Kon Yeow berikrar akan menunaikan kewajipannya sebagai Ketua Menteri dengan tujuan agar segala usahanya mencerminkan kesetiaannya kepada Pulau Pinang dan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri.

Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Show More

Related Articles

Back to top button