Berita Semasa

Peratusan keluar mengundi kira-kira 10 peratus setakat 9 pagi – SPR

CYBERJAYA – Peratusan keluar mengundi bagi enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah 10 peratus setakat pukul 9 pagi tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya Kelantan dan Negeri Sembilan merekod kehadiran rendah, masing-masing pada 8 dan 9 peratus.

Secara keseluruhannya, sebanyak 3,231 pusat mengundi melibatkan 17,265 saluran dibuka bagi proses membuang undi pada hari ini.

Daripada jumlah itu, 3,190 pusat mengundi dan 17,048 saluran adalah bagi melaksanakan proses PRN manakala selebihnya adalah bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Show More

Related Articles

Back to top button