Berita SemasaPM X

Malaysia tidak goyah walaupun terpaksa berdepan unsur kuasa besar di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa konsisten melindungi hak kedaulatan dan kepentingannya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak berasa goyah walaupun terpaksa berdepan dengan unsur persaingan kuasa besar yang meresap ke dalam ke dalam pertikaian wilayah tersebut, secara sengaja atau sebaliknya.

“Bagi pihak Malaysia, kami sentiasa menyokong penyelesaian secara aman dan konstruktif semua pertikaian, mengikut norma dan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

“(Aktiviti) Ketenteraan berterusan di wilayah maritim ditambah pula dengan penggunaan taktik zon kelabu untuk mengukuhkan tuntutan dan menghalang eksploitasi sumber yang sah adalah suatu yang tidak aman,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar seterusnya menekankan, Malaysia perlu terus memanfaatkan hubungan baiknya dengan China dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan peraturan berasaskan aturan dan norma yang lebih kukuh.

Kata beliau, peraturan itu tidak berdasarkan kekuatan atau kecenderungan untuk mengabaikan peraturan dan norma yang diuar-uarkan apabila ia menyusahkan dan tidak kondusif.

“Semua harus dilayan dengan cara yang sama… Jadi, ia mestilah yang berdasarkan keadilan, rasa hormat dan persefahaman, belas kasihan dan undang-undang antarabangsa,” kata Perdana Menteri lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button