Berita Semasa

MBM nafi hantar SMS provokatif, hasut terhadap Sanusi

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) menafikan pihaknya terbabit menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau ‘message blasting’ yang bersifat provokatif dan menghasut terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sehubungan itu, Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, MBM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi mengelak salah guna nama pertubuhan belia itu dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

“MBM ingin menegaskan bahawa hantaran tersebut bukan bersumber daripada pihak MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawah MBM.

“Justeru, MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamatkan memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penafian itu bagi menyangkal penyebaran SMS ‘Belia Malaysia: Berita Mutakhir Pimpinan Pas Pusat mengambil keputusan tidak akan melantik Sanusi menjadi MB (Menteri Besar) Kedah jika PN (Perikatan Nasional) menang. Beliau merosakkan imej PAS’.

Show More

Related Articles

Back to top button