Berita Semasa

Cef Wan sahkan hidap kanser limfoma

KUALA LUMPUR – Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan hari ini mengesahkan beliau menghidap kanser limfoma, iaitu sejenis kanser darah berkait dengan sistem imun.

Dalam hantaran di Instagramnya, Cef Wan memaklumkan penyakit kanser yang dihidapinya dipercayai masih di peringkat awal dan beliau tidak mengalami sebarang simptom.

Katanya, beliau akan mendapatkan rawatan dalam masa terdekat.

“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Menurut Chef Wan, kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.

“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” selorohnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button