Politik

[VIDEO] Misi calon BN kembalikan Dengkil ke pangkuan kerajaan

CYBERJAYA – Misi calon Barisan Nasional (BN) Noorazli Said, pada pilihan raya negeri kali ini adalah mengembalikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil ke pangkuan kerajaan.

Noorazli berkata, beliau yakin dapat merampas kerusi tersebut berdasarkan semangat kerjasama yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan.

“Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum lalu, gabungan undi diraih pengundi BN dan Pakatan Harapan (PH) sudah cukup untuk kita berada di depan.

“Misi saya ialah kita nak kembalikan seorang wakil rakyat yang benar- benar boleh berkhidmat di sini,” katanya lagi.

Related Articles

Noorazli,45, yang kali pertama dipertaruhkan berhasrat berkhidmat kepada rakyat supaya dapat membantu menyalurkan lebih banyak lagi bantuan dan peruntukan serta menyempurnakan dasar lebih baik untuk rakyat.

“Berilah peluang kepada saya untuk membuktikan apa yang dihajati dapat direalisasikan. Saya mohon sepenuhnya sokongan tidak berbelah-bahagi daripada masyarakat khususnya pengundi di Dengkil.

“Apa pun, melihat kepada calon lain, saya menghormati setiap calon yang bertanding. Mereka tidak asing dengan masyarakat sekitar,” katanya lagi.

Perebutan kerusi DUN Dengkil menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Noorazli yang juga Pengerusi BN Sepang
dengan Datuk Seri Jamil Salleh (PN),Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (PUR) dan Darren Ong (PSM).

Hari pembuangan undi akan dilaksanakan pada 12 Ogos nanti, dengan hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Ogos.

Show More

Related Articles

Back to top button