Berita Semasa

Salahuddin Ayub alami pendarahan otak, terpaksa jalani pembedahan

ALOR SETAR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub terpaksa menjalani pembedahan segera selepas disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal, beliau kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

“Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pihak Pejabat Menteri akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, katanya, pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga menteri atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button