Berita SemasaPM X

[VIDEO] Jangan heret institusi diraja ke dalam kempen politik – PM Anwar

SUNGAI BESAR – Institusi diraja tidak sepatutnya diheret dalam kempen politik hingga boleh mengganggu-gugat keharmonian dan kestabilan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perlembagaan Negara sudah menggariskan institusi raja di negara ini perlu dipertahankan dan dijunjung.

@malaysiatribune

Raja itu mengatasi segalanya anwar #pmx #pm #sultanselangor #politik #sanusi #mbkedah

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“(Institusi diraja) bukan sahaja di Selangor tetapi juga ada di Pahang, Kedah Kelantan dan kita semua ada (pemerintahan) Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

“Jangan samakan Raja-Raja Melayu dengan kita (rakyat biasa) kerana baginda tidak boleh bercakap dalam kempen seperti ini.

“Raja ada taraf lebih tinggi kerana kedaulatan negara (aspek utama) mencorakkan (sistem perlembagaan),” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Stadium Sungai Besar di sini hari ini.

Tegas Anwar, pihak yang didakwa atas tuduhan memainkan sentimen menghina institusi diraja boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau kamu cerca dan singgung raja itu nasib kamulah (kerana) pandai cakap tanggunglah,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button