Politik

PRN: Amanah umum senarai penuh calon Isnin depan

KLANG – Senarai penuh calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan diumumkan pada Isnin depan.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi dan masa pengumuman tersebut akan dibuat.

“Itu sebelah malamlah, kita akan umum (senarai calon) 24 hari bulan ini barang kali dan kita akan umum semua sekali (semua negeri teribat PRN), tempat belum tahu lagi, belum dipilih,” katanya ketika kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mengesahkan parti itu akan bertanding di sembilan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.

Show More

Related Articles

Back to top button