Politik

PRN: Isu pertindihan kerusi BN, PH selesai

PUTRAJAYA – Pertindihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah diselesaikan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun, enggan mendedahkan dua kerusi yang bertindih tersebut sambil berkata, ia “diselesaikan secara dalaman”.

“Ini bukan soal kerusi siapa kerana Parti Amanah Negara (Amanah) juga memberi kerusi kepada kita, malah, PKR dan DAP pun sama.

“Atas kebersamaan ini, kita ambil kira peluang yang lebih adil untuk parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Ahmad Zahid seterusnya menjelaskan, apa yang lebih penting sekarang adalah isu tersebut berjaya diselesaikan atas semangat kebersamaan antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti, beliau kata, BN akan bertanding di lebih 100 kerusi.

“Pengumuman calon akan dibuat pada 21 Julai ini dan ia akan dilaksanakan secara berpusat,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Amanah dijangka akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.

“Ketika ini, ada dua kerusi yang belum selesai dan akan diselesaikan dalam masa terdekat. Amanah tidak banyak kerusi, namun kerusi yang kami tanding akan menang semua,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button