Politik

Isu 3R : Radzi sindir Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini bertanyakan Perdana Menteri sekiranya akan ada tindakan diambil terhadap Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata demikian sebagai sindiran selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak menyentuh isu 3R iaitu (bangsa, agama, raja).

“Tak bagi amaran kepada Lim Guan Eng juga ke?,” katanya ringkas.

Pengerusi DAP itu sebelum ini dikaitkan dengan isu 3R selepas membuat kenyataan berbaur hasutan mengenai kebangkitan Gelombang Hijau di Pulau Pinang yang boleh menyekat kebebasan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Malam tadi, Anwar memberi amaran tiada yang akan terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya menyentuh isu sensitif berkenaan.

Anwar juga berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau puak terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button