Berita Semasa

BERSIH mohon sumbangan awam gerakkan pasukan pemantau pada PRN

CYBERJAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memohon sumbangan orang ramai bagi menggerakkan pasukan pemantaunya sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

BERSIH dalam satu kenyataan berkata, mereka menganggarkan kos bagi keseluruhan pemantauan itu mencecah RM60,000 melibatkan 89 pemantau bagi memantau pilihan raya di 61 DUN.

“Walaupun pemantau kami bergerak secara sukarela dan tidak mengharapkan sebarang bayaran, namun kami tetap akan menanggung kos makan minum dan kos perjalanan.

“Justeru dalam pilihan raya kali ini, kami sekali lagi memohon sokongan daripada orang ramai untuk memberi sumbangan seberapa pun untuk kami memantau PRN dan menggerakkan rakyat keluar mengundi,” kata badan pemantau itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh PRN bagi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos depan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal adalah pada 8 Ogos.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button