Berita SemasaPM X

Cadangan pinda Artikel 15(A) Perlembagaan dibawa ke Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak bagi wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya bila cadangan itu akan dipersembahkan, beliau menjawab “Dalam satu atau dua hari lagi”.

Beliau seterusnya menjelaskan, cadangan meminda Artikel 15(A) tersebut adalah bertujuan membolehkan ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan hak seadilnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang menyebut hak warganegara hanya kepada bapa, tidak termasuk ibu.

“Jadi kita nak masuk ibu bapa, kerana dalam Perlembagaan, tak adil hanya letak bapa dan tak masuk ibu. Itu sahaja yang nak dikemukakan,” jelas Anwar.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, di sini hari ini.

Pindaan yang dicadang itu membabitkan penggantian perkataan ‘bapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa’.

Show More

Related Articles

Back to top button