Jenayah & Mahkamah

Cabul remaja, lelaki warga Yaman ditahan

CYBERJAYA – Seorang lelaki warga Yaman ditahan kerana disyaki mencabul dua remaja perempuan di pusat beli-belah di Bandar Sunway.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu didakwa berlaku pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu di sebuah kedai pusat beli-belah itu, membabitkan dua mangsa berusia 17 dan 18 tahun.

Jelas Wan Azlan, mangsa kemudiannya membuat aduan kepada polis bantuan.

“Susulan itu, suspek yang berusia 20 tahun itu ditahan.

“Suspek turut didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Azlan menambah, suspek direman selama 14 hari hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button