
‘Hari ini hari raya korban, korbankan sikit perangai busuk hati’ – Radzi Jidin tempelak Maszlee Malik
PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membidas Dr Maszlee Malik yang membangkitkan isu lokar di sekolah tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.
Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kenyataan bekas Menteri Pendidikan itu merupakan satu fitnah kerana pemberian lokar untuk fasa pertama telah dibuat.
“Brother, hari ini hari raya korban. Korbankan sikit perangai busuk hati tu.
“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di Kementerian Pendidikan (KPM) telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian.
“Brother, hidup memfitnah ni tiada keberkatan. Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka. Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri PH-DAP-BN sekarang,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu dalam satu hantaran dalam laman Facebook Maszlee, beliau membangkitkan isu lokar di sekolah yang dijanjikan pada tahun lalu.

Maszlee mendakwa isu lokar tidak akan dibawa oleh pembangkang ke media dan Parlimen kerana akan membuka lompang pentadbiran KPM di bawah pimpinan mereka.
“Harap KPM dapat jelaskan kepada rakyat apakah status projek di bawah pentadbiran lama ini?
“Apakah semua lokar yang telah dibeli dan dibayar oleh kerajaan sudah dihantar ke sekolah-sekolah semua?
“Saya yakin demi integriti dan juga tatakelola kerajaan yang baik dan bersih, KPM dapat berkongsi maklumat kepada rakyat mengenai satu lagi projek kerajaan PN di bawah Radzi Jidin yang menimbulkan kontroversi tetapi disenyapkan oleh PN,” tulis Maszlee.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |