Berita Semasa

Kempen Hello CBP tawar hadiah lumayan lebih RM1 juta

BANGI – Pelbagai hadiah menarik dan lumayan bernilai lebih RM1 juta ditawarkan melalui Kempen Hello Co-Opbank Pertama (CBP) yang dilancarkan bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini.

Antara hadiah yang ditawarkan melalui kempen ini adalah sebuah kereta BMW 2 Series Coupre 218i, motosikal BMW GS310, 10 pakej percutian dan banyak lagi.

Selain itu, 10 pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan berkala berupa Akaun Deposit-i Berjangka bernilai RM1,000 bagi setiap suku tahun bersama hadiah wang tunai di setiap cawangan CBP di seluruh negara.

Tawaran ini terbuka kepada orang ramai yang melanggan produk-produk CBP seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Kempen Hello CBP kali ini memperuntukkan hadiah tertinggi yang ditawarkan kepada pelanggan.

“CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan dan berharap agar terus menerima sokongan berterusan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau juga yakin CBP akan terus memberikan perkhidmatan perbankan terbaik kepada masyarakat bersesuaian dengan keperluan masyarakat negara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cbp.com.my/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button