Berita Semasa

Shahidan Kassim jalani pembedahan hari ini

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan menjalani satu pembedahan kecil hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Kabinet itu dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia yang dikasihi, hari ini saya akan menjalani Pembedahan Kecil. Justeru, saya memohon doa dari anda semua supaya pembedahan itu berjalan lancar.

“Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa dan terguris jiwa saya ingin meminta maaf dan halalkan makan minum saya,” katanya hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button