Berita SemasaHiburan

‘Kuman sudah merebak, bila-bila masa jantung boleh terhenti’

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil yang kini sedang dirawat di hospital berada dalam keadaan lemah tetapi stabil.

Kata pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun, Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan pihak hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Bagaimanapun, kata Jepun, kebocoran usus yang dialami Rohana menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia, ” kata Jepun.

Tambahnya, Rohana kini diberikan antibiotik dan susu melalui tiup supaya dia ada sedikit tenaga.

Pada masa sama, beliau masih memerlukan bantuan oksigen kerana mengalami paru-paru berair.

Jepun memaklumkan, disebalik keadaan terkininya itu, Rohana masih boleh bercakap.

Ahli keluarga terutama suami dan anak-anak sentiasa berada disisinya.

Pada April lalu, Rohana, 68, dilaporkan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat kebocoran usus.

Show More

Related Articles

Back to top button