Jenayah & Mahkamah

Wanita warga emas maut dipukul setelah tegur anak buat bising

CYBERJAYA – Gara-gara menegur anaknya yang membuat bising, seorang warga emas maut setelah dipukul di rumah mereka di Taman Temiang, Muar malam tadi.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya dimaklumkan berlaku pergaduhan menggunakan senjata tajam antara dua beranak itu pada 8.20 malam.

Menurutnya, mangsa yang berusia 73 tahun maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala serta leher.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya menurut Sinar Harian.

Raiz berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Katanya, suspek lelaki berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian, manakala pisau dan kapak yang disyaki senjata tajam digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button