Berita SemasaPM X

Kerajaan kurangkan kadar duti setem saham didagangkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menurunkan kadar duti setem ke atas saham yang didagangkan di Bursa Malaysia daripada 0.15 kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak bermula Julai tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan kadar duti setem ke atas saham yang didagangkan tersebut tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak.

“Perubahan ini secara langsung akan mengurangkan kos urus niaga sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih berdaya saing.

“Saya yakin langkah ini akan merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya,” katanya pada Pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peningkatan dalam mudah tunai pasaran tersebut akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia.

Menurut beliau, ia sekali gus menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meneruskan tawaran awam permulaan (IPO).

Tambah beliau, langkah berkenaan turut memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana mengembangkan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Show More

Related Articles

Back to top button