Agama

Aidiladha disambut 29 Jun ini

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1444 Hijriah ialah pada 20 Jun 2023.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada 29 Jun 2023 Masehi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button