Berita Semasa

Mohamad dimasukkan ke hospital, jalani pembedahan malam ini

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini untuk mendapatkan rawatan berhubung penyakit appendicitis.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Beliau dijadualkan akan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini atas nasihat pakar perubatan.

“Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

“Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Datuk Seri.

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button