Politik

Tok Mat sangkal dakwaan 2 juta ahli UMNO tinggalkan parti

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan kononnya dua juta ahli telah meninggalkan parti itu.

Kenyataan tersebut keluar selepas Tan Sri Annuar Musa mendakwa, lebih dua juta ahli UMNO sudah meninggalkan parti itu dalam Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, pada Sabtu lalu.

Menurut  Mohamad yang juga Menteri Pertahanan, dakwaan Annuar Musa yang kini merupakan ahli Pas, adalah tidak berasas kerana tiada bukti.

“Saya tak tahu daripada mana dia dapat angka tersebut, Kalau dia dapat bagi ic nombor orang nak keluar, boleh kita mempercayainya.

“Tetapi kalau setakat mendakwa saya boleh pula mengatakan saya dapat dua juta orang masuk jadi ahli UMNO.

“Apa buktinya terpulanglah. Kalau Annuar syok sangat pun jangan sampai macam tu. Orang boleh fikir,” katanya memetik laporan Malaysiakini

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu di Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, tidak menafikan terdapat sejumlah kecil ahli UMNO yang keluar parti berkenaan, namun jumlah tersebut tidak sebesar dakwaan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button