Berita Semasa

Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA dinaikkan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar baharu itu melibatkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022)

“Selain itu, kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam
negara mengikut peringkat pengajian.

“Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar tajaan JPA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar- bandar besar negara pengajian.

“Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian, di samping memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button