Berita Semasa

TH beri amaran scammer di aplikasi Telegram

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar dan menggunakan logo agensi itu di aplikasi Telegram.

TH dalam satu kenyataan menyeru orang ramai berhati-hati terhadap sebarang tawaran terutama yang berunsurkan pelaburan yang menguntungkan.

“Pihak berkenaan turut menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

“Sehubungan dengan itu, TH menasihati pendeposit untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga,”kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, TH juga memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-62071919.

Show More

Related Articles

Back to top button