Berita SemasaPM X

Jakim digesa main peranan ‘lebih besar’ gubal dasar kerajaan

BUTTERWORTH – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa memainkan peranan lebih besar dalam penggubalan dasar kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fungsi Jakim sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan terhad kepada berdakwah, mengadakan latihan dan bersama-sama dengan kerajaan negeri menganjurkan tilawah al-Quran.

“… dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12, Belanjawan Madani, dan dalam melaksanakan reformasi institusi kerajaan dan negara, Jakim kurang peranannya.

“Saya sebaliknya telah mengarahkan supaya peranan, baik mufti mahupun ulama atau tokoh-tokoh di Jakim, selari dengan perkembangan (semasa) supaya input mereka itu dapat memanfaatkan dan mengangkat martabat kerajaan,” kata Anwar pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H/2023, di sini malam tadi.

Anwar berkata, dakwaan bahawa kerajaannya mengabaikan Islam sekadar ‘fitnah’.

Jakim menerima peruntukan lebih tinggi bawah kerajaan perpaduan dan buat pertama kalinya diberi peranan lebih besar dalam membantu proses penggubalan dasar kerajaan berdasarkan konsep ‘Malaysia MADANI’.

Show More

Related Articles

Back to top button