Berita Semasa

‘FF 1’ bernilai RM1.2 juta milik Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Nombor pendaftaran kenderaan ‘FF1’ menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas berjaya membidanya dengan tawaran tertinggi iaitu RM1.2 juta.

Nombor pendaftaran yang merupakan turutan nombor baharu bagi Putrajaya itu diserahkan hari ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas mendapat perkenan baginda.

Menurut Anthony Loke, plat pendaftaran kenderaan berkenaan adalah yang tertinggi pernah dikutip oleh kerajaan.

“Pagi tadi, saya mengadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut. Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Untuk rekod, pada 1 Julai 2016, Sultan Ibrahim memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘F1’ iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya pada nilai RM836,660.

Baginda juga secara sah menjadi pemilik nombor pendaftaran ‘VR46’ dengan nilai bidaan yang tinggi iaitu RM55,002.20 pada 8 Februari 2017.

Show More

Related Articles

Back to top button