Politik

Jiwa dan semangat Najib Razak tetap bersama UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian parti itu untuk terus berjuang dalam menuntut keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perjuangan menuntut keadilan untuk Najib tidak pernah dilupakan malah menjadi inspirasi perjuangan kepada seluruh ahli parti.

“Saya dimaklumkan oleh anakanda beliau (Najib) bahawa bossku sentiasa mendoakan UMNO dan Kerajaan Perpaduan ini dapat merampas semula ke enam-enam negeri pada PRN akan datang.

“Walaupun beliau di belakang tirai besi dan tidak bersama kita secara fizikal, jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama dengan kita.

“Kita berikan laungan semangat untuk beliau. Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya ketika ucapan dasarnya hari ini.

Ketika membangkitkan perkara itu, para perwakilan juga dipertontonkan video pengakuan Mohamad Nizar Najib yang menafikan dakwaan ayahnya tidak menyokong kepimpinan UMNO yang ada pada masa ini. 

“Permainan sentimen di luar sana kononnya ayah saya marah dengan kerajaan sekarang dan mahu ahli serang institusi Presiden adalah tidak benar sama sekali. 

“Apa yang saya ingin tegaskan adalah ayah saya tidak pernah mengarahkan perkara seumpama itu,’’ katanya.

Menurut Nizar, Najib juga mahu seluruh ahli parti kekal setia dengan UMNO dan menghormati kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi.

Show More

Related Articles

Back to top button