Luar Negara

Ukraine jadi mangsa genosid terancang Barat

BURUNDI – Ukraine menjadi negara bukan Islam pertama yang dijadikan ‘eksperimen’ perang oleh Barat dengan membenarkan genosid secara besar-besaran.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov semalam mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Barat yang dikepalai oleh Amerika Syarikat (AS) dalam misi terancang di bumi Ukraine.

Tindakan Barat tersebut menurut Lavrov “menyokong pembunuhan beramai-ramai” di Ukraine dengan menyebelahi Kiev dalam perancangan mereka untuk “memusnahkan segala yang berkaitan dengan Rusia” di kawasan-kawasan yang pro Rusia di Ukraine.

Kenyataan Lavrov itu dibuat sewaktu berucap di satu sesi sidang media di Bujumbura, Murundi di mana beliau turut menyatakan bahawa pihak Barat telah memejamkan mata apabila Ukraine membunuh penduduk yang pro-Rusia di kawasan Donbas.

Menurutnya, “Kesimpulannya mudah saja, pihak Barat menyokong pembunuhan beramai-ramai secara terus”.

Sebelum ini, jurucakap bagi Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova telah menerbitkan sebuah hantaran di media sosial dengan menyatakan bahawa operasi ketenteraan khas Moscow di timur Ukraine adalah untuk menghentikan “penghapusan sistematik populasi Donbas” yang telah dilakukan sejak 2014 oleh neo-Nazi.

Presiden Rusia, Vladimir Putin turut membuat kenyataan yang sama dengan mengatakan bahawa kempen ketenteraan Rusia di timur Ukraine yang bermula pada Februari tahun lalu itu adalah untuk menghapuskan pengaruh Nazi di kawasan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button