Jenayah & Mahkamah

Wanita maut selepas ditikam bekas tunang di pusat beli belah

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam bekas tunangnya di dalam sebuah premis kedai di sebuah pusat membeli belah, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari dan terus menghantar anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota menemui mangsa yang berusia 22 tahun sedang terbaring di lantai.

“Mangsa yang mempunyai kesan tikaman di badannya masih bernyawa ketika pasukan paramedik tiba, namun dia meninggal dunia ketika diberi bantuan pernafasan,” kata Kalsom.

Beliau menambah, suspek berusia 33 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian bersama senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah sisasat.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata Kalsom lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button