Berita SemasaPM X

[VIDEO] Bayaran e-Tunai Belia Rahmah dikredit mulai Jun ini

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bayaran e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet akan mula diaginkan kepada golongan belia bermula bulan hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi, di sini, semalam.

Menjawab secara berseloroh, Anwar mengingatkan golongan belia untuk tidak percaya secara ‘bulat-bulat’ berkenaan maklumat berkaitan di aplikasi TikTok berkaitan pembayaran yang didakwa akan diberikan pada bulan lepas

“Siapa kata bulan April, kalau Menteri Kewangan kata (memang) betul, kalau TikTok kata (kena periksa dahulu)

“Tetapi ini Menteri Kewangan hendak jawab (soalan berkaitan itu), (kepada yang) tanya e-Belia bila dapat, (sekarang) ini bulan lima (Mei), bulan enam (Jun) insya-Allah kita (akan) bagi, (tetapi) kalau beri nombor telefon, saya (akan) beritahu terus,” katanya

Perdana Menteri sebelum ini ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat 24 Februari lalu menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Peruntukan berkenaan meliputi keseluruhan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button