Luar Negara

Saintis temukan ‘kaitan jelas’ antara nitrik oksida, autism

JERUSALEM – Sekumpulan saintis Israel menemukan ‘kaitan jelas’ di antara autism dengan kandungan nitrik oksida yang berlebihan di dalam otak.

Dapatan tersebut terkandung dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advanced Science, baru-baru ini.

Penemuan ini memungkinkan kajian lanjut yang dapat menghasilkan ubat bagi merawat kanak-kanak yang mengalami Autisme Spectrum Disorder (ASD).

Kajian tersebut yang dilaksanakan oleh saintis dari Universiti Hebrew di Jerusalem mendapati, haiwan kajian yang mempunyai mutasi gen autism, kurang menunjukkan gejala dan sifat autism apabila kadar nitrik oksida di dalam otak diturunkan.

Haiwan tersebut didapati lebih bersosial, kurang melakukan aksi yang sama berulang kali, kurang resah, dan mula menunjukkan minat kepada objek yang baharu diperkenalkan.

Pengkaji tersebut turut menemukan kaitan di antara autism dengan nitrik oksida dalam sel tunjang dan contoh darah yang diambil dari kanak-kanak yang mengalami low-functioning ASD.

Nitrik oksida merupakan gas yang dihasilkan oleh badan, dan mempunyai beberapa kegunaan iaitu memastikan aliran darah yang sempurna, dan meningkatkan kadar imun.

Bagaimanapun, kadar nitrik oksida yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalaha, dengan kajian sebelum ini sudah mengaitkannya dengan penyakit Alzheimer’s, Parkinson’s, dan schizophrenia.

Show More

Related Articles

Back to top button