Berita Semasa

Jadual peperiksaan awam dijajarkan semula – KPM

CYBERJAYA – Jadual peperiksaan awam akan dijajarkan semula supaya selari dengan kalendar akademik persekolahan yang bakal dilaksanakan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, penjajaran semula itu susulan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam, yang mengumumkan kalendar akademik persekolahan akan kembali dibuka pada Januari bermula 2026.

“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.

“Penelitian ini turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum,” kata KPM dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Sehubungan itu, KPM merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada Februari tahun itu dan seterusnya kalendar akademik bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada Januari 2026.

Menurut KPM, pertimbangan itu adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan tidak kurang dari 190 hari.

Show More

Related Articles

Back to top button