Politik

Bukan ‘no’ tapi perlu masa – ulas KJ tentang tawaran Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau tidak.

Khairy berkata, beliau memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan tawaran menyertai parti politik.

Malah, beliau juga tidak mahu membuat keputusan terburu-buru hanya kerana enam pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir.

“Apabila kita ada peluang kedua untuk pilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak mahu buat keputusan hanya kerana PRN semakin hampir.

“Saya mahu pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya,” katanya dalam klip video Keluar Sekejap di laman TikTok.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran terbuka Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan jawatan ahli majlis tertinggi jika beliau menyertai parti itu.

Malah nama Khairy juga disebut-sebut bertanding dalam PRN akan datang di Negeri Sembilan atau Selangor mewakili Bersatu.

Menurut Khairy, keputusan terletak di tangannya dan akan menyatakan sendiri kepada Muhyiddin secara peribadi jika bersetuju menyertai Bersatu.

“Bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Muhyiddin, tapi saya nak jelaskan, bahawa ini satu keputusan yang sukar yang perlu dibuat,” katanya.

KJ yang dipecat Umno Januari lalu turut mengakui menerima tawaran untuk menyertai parti politik lain, tetapi terpulang kepada parti itu untuk mendedahkan jemputan itu kepada umum.

Ditanya pengacara bersamanya, Shahril Hamdan, yang juga digantung keahlian Umno selama enam tahun sama ada beliau akan bertanding dalam PRN enam negeri ini, bekas Menteri Kesihatan itu berkata beliau masih belum membuat keputusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button