Berita Semasa

Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun

KUALA LUMPUR – Seniman legenda, Wahid Satay  atau Abdul Wahid Ahmad meninggal dunia pagi ini di Singapura pada usia 93 tahun.

Allahyarham yang terkenal pada era 1950 dan 1960 an menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi ini.

Berita pemergiannya disahkan teman rapat arwah, Rusedah Tawahid di Singapura.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia, pagi ini.

“Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua.

“Namun saya tidak dapat memastikan punca kematian Seniman Legenda ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, tersebar berita dalam kumpulan WhatsApp tanpa disebutkan secara terperinci.

Badang merupakan filem yang mengangkat allahyarham sebagai hero

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button