Luar Negara

Tiket konsert Coldplay dijadikan mas kahwin

JAKARTA – Demam Coldplay yang melanda Malaysia turut melanda peminat di negara seberang setelah sebuah klip menunjukkan tiket konsert kumpulan tersebut dijadikan sebagai mas kahwin ditularkan sejak Ahad.

“Saudara saya diberikan mas kahwin berupa tiket Coldplay. Pernikahannya disokong Chris Martin,” ciappemilik akaun @rhfndtaaa yang turut disertakan emoji wajah tertawa.

Ciapan tersebut mengandungi sebuah video yang memaparkan pernikahan tersebut.

“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana kepada engkau dengan mas kahwin logam berharga 21 gram, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata wali yang merupakan bapa pengantin perempuan dalam video yang dikongsikan tersebut.

Bagaimanapun, lokasi sebenar dan tarikh majlis itu berlangsung tidak diketahui.

Klip itu juga dikongsi akaun @IDWantsColdplay dan mengundang pelbagai reaksi melucukan pengguna media sosial dan kebanyakannya berseloroh jika konsert itu dibatalkan secara tiba-tiba.

Difahamkan, kebanyakan peminat kumpulan rock popular itu gagal mendapatkan tiket konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November depan.

https://twitter.com/orangdalamkamu/status/1660260986606206977

 

Show More

Related Articles

Back to top button