Berita Semasa

SPRM disyorkan rujuk kes salah laku kepada jawatankuasa khas JPA

Bagi pastikan setiap kes diambil tindakan atau tidak

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes salah laku jenayah rasuah membabitkan penjawat awam kepada sebuah jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, unit tersebut yang bertugas memantau semua laporan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mungkin boleh ditugaskan untuk membantu SPRM.

“JPA ada satu jawatankuasa teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), yang memantau semua laporan LKAN sama ada (sudah) diambil tindakan oleh kementerian dan jabatan berkenaan.

“Jadi saya cadangkan pihak SPRM melaporkan kes sedemikian kepada unit JPA ini yang bertanggungjawab untuk memantau setiap aduan SPRM sama ada diambil tindakan atau tidak sebagaimana dibuat untuk tindakan LKAN,” katanya.

Pada 9 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan lebih 500 laporan salah laku yang melibatkan agensi MOT antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak diambil tindakan walaupun SPRM mengesyorkan sebaliknya.

Show More

Related Articles

Back to top button