Berita Semasa

Kenaikan tarif elektrik hanya libatkan T20 – PM

KUALA LUMPUR – Kenaikan tarif elektrik yang baharu diumumkan kerajaan hanya melibatkan golongan dalam kategori T20, kata Perdana Menteri dalam soal jawab Dewan Rakyat pagi ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tarif baharu itu akan berkuatkuasa kepada kumpulan berpendapatan T20 dan tidak akan menjejaskan kos sara hidup kumpulan B40.

“Kerajaan tidak naikkan kadar tarif elektrik melainkan untuk T20.

“Saya nak jelaskan di sini, untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik dan pengkalan data utama (Padu) akan dapat menyeleraskan angka-angka yang disebut,” katanya.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang ingin mengtahui dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia.

Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan pada kadar ditetapkan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak layak menerima subsidi.

Kata beliau, kerajaan juga menolak untuk menaikkan tarif elektrik seperti mana yang ingin dilakukan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, pelaksanaan itu akan dilaksanakan sama seperti yang dikenakan terhadap jemaah haji.

“Ini sama sahaja dengan bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah (beri subsidi) tapi bagi T20 tidak akan ada lagi subsidi daripada kerajaan, mereka kena tanggung sepenuhnya kos kerana mereka di kalangan yang mampu.

Show More

Related Articles

Back to top button