Berita Semasa

Peruncit, operator pasar raya perlu beralih gunakan alat timbang elektronik

Penggunaan alat timbang neraca dihentikan sepenuhnya tahun hadapan

PUTRAJAYA – Penggunaan alat timbang neraca (ATN) akan dihentikan sepenuhnya mulai tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, industri perniagaan runcit dan pasar raya perlu beralih kepada menggunakan alat timbang elektronik.

“Kita kena akui mesin yang menggunakan elektronik ketepatannya tidak boleh dipertikai, jadi Malaysia tidak boleh ketinggalan.

“Maka mesin ATN yang masih guna spring akan kita ubah secara peringkat saya memberikan masa setahun untuk mengadakan beberapa siri libat urus dengan pelbagai pihak supaya selepas setahun pelaksanaannya akan mencapai objektif keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Metrologi 2023 di sebuah pusat beli belah, di sni hari ini.

Jelas Salahuddin, ketika ini penggunaan alat timbang elektronik dalam negara hanya pada kadar 25 peratus.

Proses peralihan penggunaan alat timbang elektronik akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memudahkan peniaga membuat persiapan.

Dalam masa yang sama beliau berkata, KPDN juga akan menganjurkan seminar pelbagai pihak termasuklah sektor perniagaan dan ahli bidang metrologi bagi memperincikan hala tuju pelaksanaan perubahan alat timbang neraca.

“KPDN juga akan adalan seminar dengan puhak yang berkaitan termasuk pemain industri untuk perincikan lagi hala tuju konsep ini,” tambah beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button