Jenayah & Mahkamah

MAQIS gagalkan cubaan seludup 26 tan ayam sejuk beku

ALOR SETAR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 tan keratan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM234,000 dari negara jiran.

Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, Tuan Mohd Sukor Shafie, berkata lori kontena membawa 2,167 kotak keratan ayam itu ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, 8 malam Ahad lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.

“Kegagalan mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button