Jenayah & Mahkamah

Polis tahan wanita disyaki dera bayi, kanak-kanak

CYBERJAYA – Polis Johor telah menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai terlibat mendera seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan seorang kanak-kanak perempuan 11 bulan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mengesan dua video yang menjadi tular di media sosial, semalam.

Dalam rakaman berdurasi 48 saat dan 39 saat itu, seorang perempuan dirakam mengasari seorang bayi dan kejadian dipercayai berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Johor Bahru.

Kamarul Zaman berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi tadi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai.

Tambahnya, permohonan reman akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Johor Bahru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Show More

Related Articles

Back to top button