Berita Semasa

PM dendang lagu ‘Azizah’ di Majlis Aidilfitri MOF

PUTRAJAYA – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kewangan (MOF) berlangsung penuh meriah di sini hari ini apabila orang ramai dihiburkan dengan dendangan lagu ‘Azizah’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih istimewa apabila nyanyian lagu P. Ramlee itu dipersembahkan bersama-sama dengan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kehadiran mereka kira-kira pukul 1 petang itu disambut ribuan penjawat awam yang membanjiri pekarangan bangunan kementerian itu untuk bergambar dengan perdana menteri.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

Show More

Related Articles

Back to top button