Berita Semasa

MITEC terima 4 anugerah utama sempena HAPA Awards

KUALA LUMPUR – Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menerima empat anugerah utama dalam Majlis HAPA Awards Malaysia Series 2023-2024 yang diadakan semalam.

Pusat pameran itu diiktiraf sebagai Pemenang Destinasi Pelancongan Terbaik Malaysia di bawah kategori MICE, Ketahanan HAPA Anugerah 2023, Personaliti Hospitaliti dan Pelancongan Terbaik Malaysia untuk Impak Positif Kepimpinan dan 30 Chef Terbaik HAPA untuk Master of Banquet Chef of the Year.

Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy berkata, pengiktirafan itu memberikan motivasi kepada pihaknya untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggannya di masa hadapan.

“Ini adalah satu penghormatan untuk kami memenangi bukan satu tetapi kesemua empat anugerah yang dicalonkan di HAPA Awards Malaysia.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai pilihan yang tepat untuk menjadi penganjur dan perancang acara antarabangsa,” katanya yang merupakan in penerima Anugerah Personaliti Terbaik Malaysia bagi Hospitaliti dan Pelancongan.

Anugerah HAPA ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pertubuhan dan individu cemerlang yang memberikan komitmen, dorongan dan semangat untuk kejayaan dalam bidang hospitaliti.

Dikenali sebagai “Oscars of Hospitality”, Anugerah HAPA direka untuk menetapkan penanda aras par kecemerlangan, membawa kualiti menyeluruh dan standard perkhidmatan hospitaliti Asia ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pengiktirafan yang diterimanya, Mala berkata, kejayaan yang diterimanya merupakan usaha kerja berpasukan yang dibina atas komitmen setiap pekerja di MITEC.

Mala berkata, beliau sangat berterima kasih dan menghargai semangat dan kerja keras setiap ahli pasukan MITEC.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PGSB Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, anugerah itu merupakan bukti dedikasi, semangat dan komitmen mereka kepada pusat itu.

Beliau berkata, komitmen yang tidak berbelah bahagi pusat itu untuk mengiktiraf dan memupuk bakat dan kecekapan dalam kalangan pekerjanya telah mendorongnya untuk terus berada di tempat teratas.

Show More

Related Articles

Back to top button