Politik

BN-PH yakin dapat tawan semula kerusi majoriti Melayu

ARAU – Gabungan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) yakin akan dapat menawan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan BN-PH akan berusaha mengatur strategi sebaik mungkin untuk menawan negeri tersebut di sebalik keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menyapu bersih kerusi di negeri berkenaan.

Beliau berkata, kerjasama dan pakatan dengan parti-parti di bawah PH sudah berada dalam keadaan bersedia termasuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pilihan raya terdahulu.

Di negeri-negeri yang dikuasai PN, Ahmad Zahid juga yakin rakyat akan memberikan semula kepercayaan kepada pemimpin kerajaan sedia ada selepas menilai kecekapan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Trend sokongan ini akan berubah dalam PRN nanti di mana pengundi akan lebih tahu menilai kestabilan sesebuah negara itu lebih penting.

“Rakyat juga telah menunjukkan kepercayaan kepada pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perlis, hari ini.

Semalam Ahmad Zahid mengambarkan kepincangan dalam PN dan memberi gambaran gabungan parti itu akan terlerai kerana perpecahan dalam parti.

Show More

Related Articles

Back to top button