Berita Semasa

Anthony Loke jumpa SPRM Selasa ini

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dijangka akan bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Selasa.

Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai isu laporan salahlaku melibatkan kakitangan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang didakwa tidak diambil tindakan.

Kata Anthony, beliau sudah menerima laporan dalaman mengenai kes yang sudah diselesaikan, namun mengkui terdapat beberapa kes yang masih tertangguh.

“Saya akan bertemu beliau (Azam) mengenai isu yang ingin beliau bangkitkan, dan amat berharap supaya beliau boleh memberikan penerangan lebih lanjut,” kata Anthony.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai kes yang dimaksudkan, Anthony berkata, ia melibatkan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan diselesaikan menerusi tindakan tatatertib.

Anthony menambah, beliau akan turut mendapatkan pandangan Azam mengenai isu salah laku di pejabat menteri dan bagaimana untuk mengurangkan risiko terdedah kepada isu-isu yang melibatkan integriti.

Show More

Related Articles

Back to top button