Luar Negara

Bas terjunam dari jambatan di India ragut 21 nyawa

 

NEW DELHI – Sebanyak 21 nyawa melayang termasuk tiga kanak-kanak dan 10 wanita apabila sebuah bas penumpang terjunam dari jambatan setinggi kira-kira 9 meter di bahagian tengah Madhyapradesh, tengah India.

Kejadian berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan selepas pemandu dipercayai terlelap dan merempuh penghadang jambatan lalu terjunam ke dasar sungai yang sudah kering.

“Sekurang-kurang 21 mangsa maut, setakat ini,” kata pegawai kanan polis yang enggan namanya didedahkan di dalam Akhbar Times of India.

Laporan berita itu berkata, pemandu bas berkenaan sempat melarikan diri selepas menyedari ramai mangsa yang terkorban dalam kabin bas berkenaan.

India merekodkan 150,000 kematian akibat nahas jalan raya pada setiap tahun yang bersamaan dengan seorang mangsa setiap empat minit.

Di peringkat global pula, jumlah itu menyumbang 11 peratus daripada angka maut walaupun hanya memilik satu peratus daripada jumlah kenderaan di dunia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button